Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK TELUR MASIN

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN
  • 400 gm  sotong sederhana besar
  • 7 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 tangkai daun daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji cili padi - potong pendek-pendek
  • 3 sudu besar susu cair - kak ton gun santan
  • 5 biji telur masin - rebus, ambil semua kuning telur dan 2 putih telur. asing, dan hancurkan
  • tepung jagung
  • garam
  • lada sulah

PROSES PENYEDIAAN
  • potong sotong dan toskan. gaul sotong dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. goreng dengan minyak yang banyak hingga kekuningan. ketepikan
  • panaskan butter dan tumis bawang putih hingga wangi masukkan daun kari dan cili padi, kacau sebati
  • Masukkan kuning telur, kacau lagi. campurkan susu cair, putih telur, lada sulah, garam tapi hati-hati ye kang terlebih masin bole laH masukkan sotong yang dah digoreng tadi. gaul sebati.

No comments:

Post a Comment