Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK KUNING

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK KUNING

BAHAN BAHAN
400gm sotong (bersihkan.. potong kecil dan gaul bersama garam dan sebuk kunyit)
3 biji bawang putih - di tumbuk
1 inci halia - dihiris halus
1 biji lada merah
1 tangkai daun sup
sedikit air
garam secukupnya
minyak utk menumis

PROSES MASAK
Tumis kan bawang putih dan halia bersama sedikit minyak sehingga naik baunya. Masuk kan sotong yang telah di lumur bersama serbuk kunyit dan garam tadi. Gaul sebati.

Masukkan sedikit air.. jgn terlalu banyak ya sayang nanti terlalu berair kerana sotong juga akan mengeluarkan air bila di masak.

Biar kan seketika sehingga sotong masak. Masukkan lada merah dan daun sup untuk menambah rasa.

Angkat dan boleh lah dinikmati.. 

No comments:

Post a Comment