Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK SAMBAL

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.


Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK SAMBAL
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan bawal saiz sederhana
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Sedikit kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap2 sedikit. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

2.  Masukkan jus asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila pekat, masukkan bawang besar dan ikan goreng. Gaul rata dan masak hingga sedikit kering. hidangkan.

No comments:

Post a Comment