Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU

IKAN TENGGIRI
Di Malaysia ikan tenggiri merupakan salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.

sebenarnya terdapat pelbagai spesis dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan sebagai sumber makanannya.

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan Tenggiri  saiz sederhana potong2
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang cili merah  – dihiris
1/2 inch halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris kasar utk hiasan

PROSES MASAK
Ikan disiang dan cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan

No comments:

Post a Comment