Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK TOMATO

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.


Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK TOMATO

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan Bawal saiz sederhana
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah inci halia
serai
cili besar merah dan hijau
cili padi (kalau nak pedas)
sos tomato
sos cili
1 Biji Tomato
garam

PROSES MASAK

Lumur ikan bawal dengan serbuk kunyit dan garam..lepas tu gorengkan ikan tu..jangan sampai garing..buat setengah masak.ketepikan potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau dan cili padi. serai diketuk

Tumis bahan-bahan potongan tadi dan serai..tumis sehingga naik bau. bubuh sos tomato tiga sudu besar , yela dah namanya masak tomato, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu besar untuk memekatkan kuah. bubuh sedikit garam


lepas tu, bubuh sedikit air sehingga masak mengelegak. masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak tu. Biarkan  sementara.dah nampak kuah pekat bubuh tomato. siap untuk dihidang..

No comments:

Post a Comment