Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK ASAM

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK ASAM


BAHAN BAHAN
2 potong ikan bawal yang telah digoreng dahulu
3 ulas bawang merah yang dihiris kasar
3 ulas bawang putih yang dihiris kasar
1 biji bawang besar dihiris kasar
5 biji cili merah yang dihiris kasar
5 Biji cili Merah
1 jari halia atau dalam seinci halia dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.

PROSES MASAK
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan semua bahan tadi kecuali ikan bawal dan air asam jawa sehingga naik bau.


Kemudian masukkan air asam jawa dan lepas tu masukkan ikan bawal  yang telah digoreng tadi.. Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment