Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK 3 RASA

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung
hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala

BAHAN DIHIRIS
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 biji cili padi
sos cili secukupnya

PROSES MASAK
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.

Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.

Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment