BAHAN BAHAN
1ekor ikan tongkol saiz sederhana - lumur garam kunyit dan goreng
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
3 biji cili hijau - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Garam dan gula
Kicap
Sos tomato
Sos tiram
Sedikit cuka
Buah Tomato - potong 4
PROSES PENYEDIAAN
Kisar bawang-bawang dan halia.Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan dimasukkan cili kisar.Terus menumis sehingga cili kisar menjadi masak dan garing.
Masukkan sedikit air, kicap, sos tomato, sos tiram dan sedikit cuka. Masak sehingga mendidih.Akhir sekali, masukkan bawang dan cili hiris dan sesuaikan rasa.
Masukkan garam jika belum masin dan sedikit gula. Tutup api dan masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata dan masukan tomato.siap
No comments:
Post a Comment