Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KARI

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KARI
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal
1 paket kecil rempah kari
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar – jika suka pedas
Air asam jawa
1 kotak santan kotak – agak cair
Kacang bendi
Tomato buah
Cili hijau – belah 2

PROSES MASAK
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang bawang dan halba campur serta daun kari. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan cili serbuk/cili boh dan sedikit air.

Tumis sehingga rempah garing. Masukkan santan dan air asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan. Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili hijau.


Biarkan mendidih seketika kemudian dikecilkan api sehingga ianya pecah minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment