IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu
famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada
dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi
permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan
Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.
Ikan Bawal hidup dan berenang secara
berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan
banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar
laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan
yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap
menggunakan pancing dan rawai.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK STIM
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal
1 inci halia dihiris panjang-panjang,
nipis
1 labu bawang besar- belah dua-
dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi
dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam
PROSES MASAK
Didihkan air kukusan. Lumur ikan
dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas
ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama
15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.
Keluarkan ikan daripada kukusan dan
sedia utk dihidang
No comments:
Post a Comment