Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting
pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
ACAR
IKAN TENGGIRI
BAHAN BAHAN
4 potong ikan
tenggiri
4 camca sedang cili
boh
2 camca sedang
rempah kari
1 camca teh biji
sawi
Sedikit minyak
3 tangkai cili
merah (dipotong memanjang)
1 cawan santan
pekat
2 camca sedang
kerisik
Rempah tumis,
kunyit, garam, gula dan cuka
BAHAN DIMAYANG:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1.25 sm halia
PROSES PENYEDIAAN
Ikan
di basuh dan ditoskan. Kunyit dan garamkan ikan lalu dipanggang.
Tumis
bahan-bahan mayang bersama rempah tumis, kacau hingga kuning. Kemudian masukkan
rempah kari, cili boh dan santan.
Kacau
hingga kuning. Masukkan kerisik, cili merah, garam, cuka dan ikan. Kacau
perlahan-lahan hingga masak.
No comments:
Post a Comment