Monday, January 15, 2018

ASAM PEDAS MELAKA

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

ASAM PEDAS MELAKA

BAHAN BAHAN
Ikan Kembung
1 paket Cili Boh
Air Asam Jawa
2 batang daun kesum
Sedikit garam
4 sudu besar minyak masak      
4 biji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
Sedikit belacan

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga keemasan. Kemudian, masukkan cili boh. Pastikan cili boh tersebut benar-benar masak & garing.

Masukkan bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi serta belacan. Masukkan air asam jawa dan ikan.


Letakkan daun kesum yang telah dibersihkan ke dalam periuk tersebut dan biarkan ia mendidih. Perasakan dengan garam.

No comments:

Post a Comment