Tuesday, January 16, 2018

IKAN BAWAL KUKUS

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN BAWAL KUKUS 

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan bawal putih
Garam & gula secukup rasa
20 gm kunyit serbuk
30 gm bawang putih (ditumbuk lumat)     
150 gm bawang merah (ditumbuk lumat)
100 gm rempah basah
2 helai daun kunyit

PROSES PENYEDIAAN
Ikan bawal putih dibersihkan, digaulkan bersama-sama bahan-bahan lain & diperap seketika, sebelum dikukus. Daun kunyit dimayang halus & ditaburkan di atas ikan. Hidangkan bersama-sama nasi & sambal.

No comments:

Post a Comment