Wednesday, January 17, 2018

IKAN KEMBUNG PERCIK

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN KEMBUNG PERCIK

BAHAN BAHAN
1 kg ikan kembung
1 biji kelapa
1 sudu besar serbuk kunyit
3 batang serai   1 inci lengkuas
1 inci halia
Sedikit asam jawa, belacan dan cili boh

PROSES PENYEDIAAN

Ikan kembung dipanggang. Santan dimasak dan masukkan rempah-rempah yang sudah digiling. Biarkan mendidih sambil dikacau hingga masak dan pekat. Tambah serbuk perasa jika perlu. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment