IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN TENGGIRI MASAK
KUNYIT
BAHAN BAHAN
2 ketul isi ikan
tenggiri
1 cawan santan
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar lada
hitam
1 helai daun kunyit
4 sudu besar
mentega
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 inci halia
(dihiris halus)
2 biji bawang putih
(dihiris halus)
1 batang serai
Garam
PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan ikan dengan
garam dan kunyit. Panaskan mentega dan goreng ikan hingga masak dan ketepikan.
Panaskan mentega dan
tumis halia, bawang putih dan serai.
Masukkan santan, lada
hitam dan kunyit hidup yang telah ditumbuk halus serta garam dan kunyit secukup
rasa.
Masukkan ikan dan
daun kunyit. Masak sehingga mendidih dan agak pekat.
Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment