Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN GORENG PEDAS
BAHAN BAHAN
sekilo ikan kembong
besar
3 sudu besar cili
kering kisar
1 inci kunyit hidup garam secukup rasa
1 sudu besar tepung
jagung
minyak untuk
mengoreng secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
1.Bersihkan
ikan dan ditos biar kering airnya;
2.Tumbuk
lumat garam dan kunyit hidup;
3.Lumurkan
ikan bersama cili kering kisar,tepung jagung, garam dan kunyit;
4.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga gareng.
No comments:
Post a Comment