Monday, January 15, 2018

ASAM PEDAS IKAN MAYONG

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

ASAM PEDAS IKAN MAYONG
BAHAN BAHAN
Ikan Mayung 600gram (di potong ikut suka)
2 batang serai (diitik)
20 biji lada kering
1cm keping belacan
3cm kunyit basah
2cm halia
1 biji limau nipis (ambil jusnya saja)
Asam Jawa segenggam
Garam & perisa jika suka
Air satu mangkuk
Minyak masak secukup untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Basuh ikan mayung dengan asam jawa dan sedikit garam dan rendam anggaran 1/2jam dan toskan airnya

Lada kering buang biji dan rebus hingga lembut, basuh bersih dan kisar bersama belacan,kunyit hidup dan halia hingga lumat.

Pijarkan minyak hingga cukup panas, masukkan bahan kisar tadi, kacau2 sehingga cukup garing untuk menghasilkan asam pedas yang cukup wangi, masukkan serai yang dititik tadi, kacau sehingga garing masukkkan sedikit air asam jawa sebatikan dan renih agak2 3 minit masukkan ikan dan kacau lagi sehingga mesra dan tuangkan air separas ikan sahaja,masukkan garam dan perisa tutup periuk serta kecilkan api dan renih hingga naik minyak.


Apabila ikan lembut dan kuah pekat masukkan jus limau renih seminit dan rasa serta angkat. Boleh dihidangkan. Petua:

Tidak perlukan bawang untuk menghilangkan hanyir ikan.Cara ini juga sesuai untulk masakan asam pedas segala jenis ikan sungai atau darat.

No comments:

Post a Comment