Tuesday, January 16, 2018

IKAN BAWAL SWEET SOUR

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

RESEPI IKAN BAWAL SWEET SOUR

BAHAN BAHAN
seekor ikan bawal
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 biji
halia
tomato
cili merah
cili hijau
sos cili
sod tiram
asam masin
daun bawang
garam
kunyit untuk menggoreng
minyak
sedikit air

PROSES PENYEDIAAN
gorengkan ikan sehingga garing

panaskan minyak,tumiskan bawang putih,bawang besar,halia,cili merah dan cili hijau sehingga gareng

masukkan asam masin beberapa biji mengikut rasa

kemudian tuangkan sedikit sos cili,sos tomato dan sos tiram.kemudian

masukkan sedikit air.tunggu sehingga mendidih masukkan tomato

sediakan ikan yang digoreng diatas pinggan,tuangkan ramuan sos tadi keatas ikan,kemudian taburkan daun bawang untuk sedap mata memandang

No comments:

Post a Comment