Monday, January 15, 2018

IKAN CENCARU SUMBAT TEMPOYAK

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN CENCARU SUMBAT TEMPOYAK
BAHAN BAHAN
3 ekor ikan cencaru
[sederhana besar]
sedikit garam
10 biji cili masak
[cili ditumbuk halus]
5 sudu minyak masak
3 biji bawang besar
[di hiris bulat]
3 sudu tempoyak durian
sedikit gula
[terserah anda]
sedikit garam
[terserah anda]

PROSES PENYEDIAAN
ikan dibelah di atasnya.bersihkan sesudah itu bubuh sedikit garam di luar badan nya.kemudian kita goreng ikan itu seperti biasa.sudah masak letak ketepi.Panaskan minyak di dalam kuali,kita goreng dulu bawang besar yang dihiris bulat.

Goreng sampai kekuningan,kita masukkan pula cili yang telah di tumbuk didalam kuali bersama dengan bawang tadi kacau sampai cili tu masak.setelah masak kita bubuh garam,gula dan tempoyak durian.


kacau semuanya sehingga sebati.sesudah masak ,tutup api kuali itu.Ambil ikan yang telah digoreng tadi,sumbatkan tempoyak yang telah dimasak ke dalam perut ikan .

No comments:

Post a Comment