Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting
pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN BAWAL MASAK KARI
BAHAN BAHAN
3 ekor ikan bawal
hitam dikerat dua
1 biji kelapa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 pekat rempah kari
ikan
2 biji terung
1 sudu teh halba
campur
Sedikit asam jawa
Sedikit garam
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan
ikan & ditoskan. Perahkan santan kelapa dan asingkan patinya. Tumiskan
halba campur bersama bawang merah, bawang putih & halia yang telah ditumbuk
halus.
Apabila
sudah garing masukkan serbuk kari & biarkan seketika sehingga pecah minyak.
Masukkan santan & perahan air asam jawa bersama-sama terung, apabila
menggelegak masukkan ikan & biarkan seketika sehingga masak.
No comments:
Post a Comment