Ikan ialah
makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia
yang penting pada sepanjang sejarah tercatat. Perkataan "ikan" dalam
bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan
daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam
sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang
disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan
pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis
tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk
kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di
dalam menu
RESEPI
IKAN SINGGANG TERENGANU
BAHAN-BAHAN
2 Potong isi ikan tenggiri /tongkol atau ikan Kembong
¼ inci Lengkuas
4 hiris kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 keping asam gelugor
2 biji cili hidup dipatahkan
garam secukup rasa
air secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Rebuskan
semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan
rasa lebih manis.
No comments:
Post a Comment