IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN MASAK LEMAK KUNING
BAHAN BAHAN
BAHAN A
600 gram -Ikan
pari
3 batang kacang
panjang
2 biji tomato
2 batang cili merah
(untuk hiasan)
2 keping asam
gelugor
2 helai daun limau
purut
1 cawan air
1 biji kelapa
(diambil santannya)
sedikit minyak
untuk menumis
garam secukup rasa
BAHAN B (KISAR/GILING)
12-15 tangkai cili
kering
12 biji bawang
merah
5 biji bawang putih
1 ½ inchi halia
2 inchi kunyit
hidup
sedikit belacan
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan Ikan.
Kisar atau giling
bahan B hingga sebati. kacang panjang di potong pendek lebih kurang 3-4 cm, dan
tomato dibelah 4.
Panaskan minyak dan
tumis semua bahan B yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan bahan A iaitu
secawan air, asam gelugor,daun limau purut,potongan kacang dan tomato dan
diikuti ikan pari.
Setelah ikan separuh masak masukkan santan kelapa dan
kecilkan api. Sentiasa gaul perlahan supaya santan tidak pecah. Setelah masak
angkat dan hidangkan. Hias dengan potongan bunga cili merah.
No comments:
Post a Comment