Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
RESEP
IKAN MERAH MASAK ASAM
Dua keping isi ikan
merah -perap dengan garam dan kunyit
2 ulas bawang putih
- tumbuk
1 labu bawang besar
- hiris bulat
3 ulas bawang merah
- tumbuk
¾ inci halia -
tumbuk
10 ulas cili api -
tumbuk
Air asam jawa
Serbuk perasa
Garam dan sedikit
air
PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan yang
telah diperap sehingga garing.Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah dan
cili api hingga garing dan naik bau.
Masukkan air asam
jawa, sedikit garam dan serbuk perasa dan sedikit air.
Masukkan bawang
besar, apabila bawang telah lembut masukkan ikan tadi. Sedia untuk dihidang!
No comments:
Post a Comment