IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN GORENG SEPAT
BERLADA
BAHAN BAHAN
4 ekor ikan sepat
kering, dibersihkan dan digoreng
2 biji tomato
diparut
6 tangkai cili
merah, ditumbuk kasar-kasar
15 biji bawang
merah, dihiris
2 ulas bawang putih,
dihiris
2 biji limau
kasturi
5 camca sedang
minyak untuk menumis
Garam secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di
dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga kuning. Masukkan cili merah, tomato
parut dan garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak tuang di atas ikan kering
goreng dan perahkan air limau kasturi.
No comments:
Post a Comment