Monday, January 15, 2018

BALADO IKAN BILIS

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

BALADO IKAN BILIS
BAHAN BAHAN
400 g ikan bilis
300 g cili merah ] dikisar
10 ulas bawang merah ]    
300 g kacang tanah
Sedikit garam dan gula pasir
Sedikit minyak masak

PROSES PENYEDIAAN

Goreng ikan bilis dan kacang tanah berasingan hingga garing. Ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga berbau. Masukkan ikan bilis, garam dan gula. Gaulkan hingga sebati.

No comments:

Post a Comment