Tuesday, January 16, 2018

RESEPI IKAN BILIS GORENG KICAP

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN BILIS GORENG KICAP
BAHAN BAHAN
Ikan bilis
4 ulas bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)        
4-5 biji cili padi(ditumbuk sedikit sahaja)
Sedikit gula
Kicap
Limau nipis

PROSES PENYEDIAAN
1.) Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2.) Tumis bawang putih,bawang merah,cili padi
3.)Masukkan kicap, gula secukup rasa
4.)masukkan ikan bilis tadi
5.)Perah asam limau .Gaul sebentar jgn lama2 dan angkat.

No comments:

Post a Comment