Monday, January 15, 2018

BAWAL GORENG BERLADA

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

BAWAL GORENG BERLADA
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal
lada hitam (terpulang)
3 ulas bawang kecil
kunyit
garam
bawang besar (didiris nipis)
daun bawang (2")
cili merah / hijau

PROSES PENYEDIAAN
lada hitam ditumbuk bersama bawang kecil. ikan bawal digoreng seperti biasa (garam kunyit) sehingga garing. kemudian bahan yg ditumbuk td ditumis atas minyak sehingga agak garing.

masukkan sedikit kunyit, garam dan bahan perisa secukup rasa. masukkan ikan yg telah digoreng tadi ke dalam bahan yg ditumis. goreng sebentar sehingga perasa menyerap masuk ke dalam ikan tadi.


kemudian masukkan bawang besar, daun bawang, cili merah/hijau dan tutup api. sedia dihidang dan dimakan.

No comments:

Post a Comment