Wednesday, January 17, 2018

IKAN REBUS KUNING

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN REBUS KUNING

BAHAN BAHAN
200g ikan tongkol/ kembung
2 biji tomato
3 biji kacang bendi
Daun Kesum
Bunga kantan
4 biji cili padi   

BAHAN UNTUK DITUMBUK:
Kunyit hidup
Halia
serai
Bawang merah (Ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Perasa:
asam jawa
Minyak masak
Garam

PROSES PENYEDIAAN
1.Tumis kesemua bahan - bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

2.masukkan bahan-bahan perasa

3.Masukkan ikan tongkol/kembung yang telah dicuci dgn bersih.

4. letakkan secukup air, tutup hingga mendidih.


5. Maukkan tomato, kacang bendi, daun kesum, bunga kantan dan cili padi sehingga masak.

No comments:

Post a Comment