Monday, January 15, 2018

IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat
Minyak untuk dilengser
1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat
½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat
8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat
3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat
1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat
½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat
½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat
1 camca besar cili giling-untuk disumbat
Garam secukup rasa-untuk disumbat
1 biji telur-untuk disumbat
½ cawan serbuk roti-untuk disumbat

PROSES PENYEDIAAN
Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan bawang putih. Kacau hingga wangi. Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti. Kacau hingga ia sebati.

Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan.


Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c. Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.

No comments:

Post a Comment