IKAN
Ikan ialah
makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia
yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN KEMBUNG MASAK
CUKA
BAHAN BAHAN
3 ekor
ikan kembung
2 biji
cili hijau - dipotong memanjang
1 biji
bawang besar - dipotong bulat
Sedikit
cuka (¼ cawan)
Gula
Garam
Minyak
untuk mengoreng
Sedikit
halia - dimayang
3 ulas
bawang putih - dimayang
3 ulas
bawang merah - dimayang
Satu sudu
kecil halba
1 batang
mentimun
4 cawan
air
PROSES
PENYEDIAAN
Ikan kembung dibasuh bersih dan digoreng
hingga garing. Ketepi kan.
Masuk kan sedikit minyak dan goreng bawang
putih, bawang merah, halia dan halba sehingga naik bau. Setelah itu masukan 4
cawan air, bawang besar, cili hijau, mentimum (dipotong keci-kecil, buang
empulurnya.
Kemudian tuang sedikit cuka, gula dan
garam dan ikan yang telah digoreng tadi. Didihkan sehingga masak. Sedia untuk
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment