IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN MASAK SAMBAL
BAHAN BAHAN
5 ekor ikan (ikut
suka jenis apa)
4 biji cili merah
cili api/padi
mengikut kepedasan yang diigini.
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
mengikut rasa
semangkuk air asam
jawa
sedikit garam
mengikut rasa
3 sudu besar gula
minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
1.goreng ikan dahulu
2.campurkan semua
bahan diatas kecuali ikan dan minyak,kemudian kisar bahan tersebut hingga
lumat.
3.panaskan minyak.
4.tumiskan bahan yang
telah dikisar tadi sehinggan naik minyak.
5.masukkan ikan
kedalam kuali dan balikkan supaya bahan tumisan tersebut sebati bersama ikan.
6.kemudian hidangkan
kedalam pinggan yang cantik.
7.(pastikan rasa
terlebih dahulu untuk memastikan masakan berasa garam,pedas dan sedap)
No comments:
Post a Comment