IKAN
Ikan ialah
makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia
yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN KELI
MASAK LEMAK
BAHAN BAHAN
1 kilo
ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji
kelapa - asingkan pati
50 biji
cili padi
dua biji
pisang muda (sederhana besar)
5 ulas
bawang merah
3 ulas
bawang putih
½ inci
kunyit
Limau
kasturi
Garam
secukup rasa
PROSES
PENYEDIAAN
Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang
muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih)
bersama sedikit santan.
Masukkan ke dalam periuk yang telah
dipanaskan. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan
santan cair. Kacau, jangan bagi pecah minyak.
Masukkan garam. Setelah ikan masak
masukkan pati santan. Tutupkan api, perahkan limau. Bolehlah dihidang
No comments:
Post a Comment