Wednesday, January 17, 2018

IKAN MASAK THAI

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN MASAK THAI

BAHAN BAHAN
Bahan-bahan A
Ikan kerapu/siakap/merah-disapu garam
Daun Limau Purut- dimayang halus
Serai - dimayang halus
Cili Kering/Cili Padi -dimayang halus
Lengkuas -dimayang halus          

Bahan-bahan B (kuah)
Barang putih - dicincang
air putih - 1-2 cawan
Kicap cair
kicap pekat
kiub pati ayam
limau nipis
gula
garam

PROSES PENYEDIAAN
Ikan digoreng garing dan diangkat.

Bahan-bahan A tadi digoreng hingga layu dan diangkat.Gunakan minyak yang sama,tumis bawang putih hingga wangi dan masukan air,kicap cair,kicap pekat dan pati kiub ayam biar mendidih


masukan gula dan garam secukup rasa..biar didih sebentar dan tutup api baru diperahkan air limau nipis.

No comments:

Post a Comment