Wednesday, January 17, 2018

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN MERAH MASAK LEMAK CILI API

BAHAN BAHAN
BAHAN A
600 gram -Ikan merah (kepala atau isi) 
3 batang kacang panjang
2 biji tomato
2 batang cili merah (untuk hiasan)
2 keping asam gelugor
2 helai daun limau purut
1 cawan air
1 biji kelapa (diambil santannya)
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

BAHAN B (KISAR/GILING)
12-15 tangkai cili kering
12 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 ½ inchi halia
2 inchi kunyit hidup
sedikit belacan

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan Ikan.

Kisar atau giling bahan B hingga sebati. kacang panjang di potong pendek lebih kurang 3-4 cm, dan tomato dibelah 4.


Panaskan minyak dan tumis semua bahan B yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan bahan A iaitu secawan air, asam gelugor,daun limau purut,potongan kacang dan tomato dan diikuti ikan . 

Setelah ikan separuh masak masukkan santan kelapa dan kecilkan api. Sentiasa gaul perlahan supaya santan tidak pecah. Setelah masak angkat dan hidangkan. Hias dengan potongan bunga cili merah.

No comments:

Post a Comment