Wednesday, January 17, 2018

IKAN PATIN BERLADA

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN PATIN BERLADA

BAHAN BAHAN
1 ekor ikan patin (dipotong ikut suka)

BAHAN TUMBUK
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
kunyit hidup
cili kering > ikut suka
bunga kantan > ikut suka  1 batang serai > diketuk
2 sudu makan serbuk kari ikan
daun kunyit > ikut suka
sedikit minyak
air > ikut suka

BAHAN PERASA
serbuk lada >ikut suka
garam >ikut suka
aji no moto >ikut suka
gula > ikut suka

PROSES PENYEDIAAN
1. gaulkan ikan yang telah dipotong dengan serai.
2.panaskan minyak di dalam kuali
3.tumis bahan tumbuk
4.masukkan kari
5.masukkan air
6.masukkan ikan

7.bila dah mendidih masukkan daun kunyit dan bahan perasa. Biarkan mendidih sekejap kemudian angkat

No comments:

Post a Comment