Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
GULAI IKAN PATIN
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan patin
(sederhana besar)
1 biji kelapa
(diambil santannya)
1-2 sudu rempah
kari ikan
3 sudu besar air
asam jawa
3 biji cili hijau
pucuk ubi kayu
(dicelur)
garam secukup rasa
Bahan utk membersih
ikan:
Tepung gandum
Air asam jawa Bahan utk dikisar:
1 ulas bawang putih
3 biji cili kering
5 ulas bawang merah
½ inci kunyit
2 hirisan lengkuas
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan
ikan. Kemudian lumurkan dengan tepund gandum, selepas seminit rendamkan ikan
yang dilumur tadi didalam air asam jawa. Selepas 5 minit bilas ikan tersebut
hingga bersih dan toskan.
Kemudian
masukkan ikan bersama bahan yang dikisar, rempah kari dan air asam jawa kedalam
periuk.
Renihkan
sekejap dengan api yang perlahan, setelah air dari ikan tadi hampir kering masukkan
santan, garam serta daun ubi (waktu masukkan santan bolehlah dibesarka api).
Biarkan mendidih baru diangkat.
No comments:
Post a Comment