IKAN
Ikan ialah
makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia
yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN KELI MASAK
MERAH
BAHAN BAHAN
5 ekor
ikan keli
10 biji
cili kering (kisar)
10 ulas
bawang merah (mayang)
3 ulas
bawang putih (mayang)
½ inci
halia(mayang)
air asam
jawa
belacan serbuk kunyit
garam
(secukup rasa)
gula
(secukup rasa)
minyak
untuk menumis
PROSES
PENYEDIAAN
ikan keli dibersihkan dan digaul bersama
garam dan serbuk kunyit.panaskan minyak dan goreng ikan tersebut hingga masak.
ketepikan. tumis bahan2 yang dimayang
hingga separuh garing.kemudian dimasukkan cili kering yang telah dikisar.
tumis hingga pecah minyak. kemudian
masukkan air asam jawa, belacan,garam dan gula. akhirnya masukkan ikan dan gaul
sebati.
No comments:
Post a Comment