IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN BAHAN
Ikan Patin atau
Baung
Tempoyak, dari
durian baru
Serai 3 batang
Bunga Kantan 1
batang. Dihiris
Daun Kesom 5
tangkai
Kunyit hidup atau
serbok
Chili merah, 7 - 10
biji. ditumbuk
Garam
gula
Air 2 gelas besar.
PROSES PENYEDIAAN
Satu
masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Pah saya kata
gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang betul.
Mula
mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak
kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk.
Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk.
Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik.
Gaul sekali lagi
dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setengah
jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih
sedap.
Masukkan
air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan,
serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam
secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu.
Gulai
mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah.
Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan
1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila
tidak terlampau panas.g.
No comments:
Post a Comment