Tuesday, January 16, 2018

GULAI IKAN MASIN NENAS

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

GULAI IKAN MASIN NENAS


BAHAN BAHAN
3 potong ikan talang masin- sederhana besar
1 in lengkuas
1 in kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 cawan santan- jangan terlalu pekat 1 biji cili kering
2 keping nanas - potong ikut suka
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula
Serbuk perasa jika suka

PROSES PENYEDIAAN
Blendkan lengkuas, kunyit, bawang merah dan cili kering.

Campurkan bersama-sama dengan santan, garam, gula dan serbuk perasa.

Masukkan nanas masak hingga mendidih.

Bila dah menddih masukkan ikan masin. kacau supaya santan tidak berketul.


Masak hingga ikan masak.

No comments:

Post a Comment