IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
GULAI MASAM TEMPOYAK
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan patin
(sederhana besar)
2 cm kunyit hidup
(tumbuk lumat)
4 sudu
tempoyak.(tambah jika ingin pekat dan lebih masam )
4 - 5 cawan air
5 - 6 biji cili
padi (tambah jika ingin pedas)- tumbuk lumat
1 batang bunga
kantan.( kalau tak de nak letak daun kesum pun boleh).
garam dan serbuk
perasa.
PROSES PENYEDIAAN
ikan
patin di basuh dengan asam limau nipis untuk manghilangkan bau hanyir.Kemudian
rendam dengan air beras sekejab.( Basuh dan toskan.)
masukkan bahan tumbuk , tempoyak dan air.
bila mendidih masukkan ikan, garam dan perasa. Masukkan bunga kantan tunggu sehingga ikan masak dan mendidih sekali lagi.
No comments:
Post a Comment