Monday, January 15, 2018

ASAM PEDAS NYONYA

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

ASAM PEDAS NYONYA
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan siakap/merah/jenahak
(sederhana besar)
*15 biji cili kering
*3 ulas bawang besar
*6 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
* Dikisar   1 sudu besar otak udang
2 biji buah tomato
10 batang kacang bendi
6-10 biji tauhu kecil goreng
1 kumtum bunga kantan - dibelah 2 & diketuk
30 sen daun kesum - dileraikan
Sekepal asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN

Ikan dibuang perut sahaja dan dibersihkan dengan asam jawa (Jangan dipotong).

Tumis bahan yang dikisar didalam kuali sehingga naik aromanya.

Masukkan ikan yang telah dibersihkan biarkan seminit supaya ramuannya sebati.

Masukkan air asam jawa, garam, bunga kantan, daun kesum dan otak udang biarkan sehingga mendidih.

Masukkan tauhu goreng, tomato dibelah 4, kacang bendi dan biarkan ia sedikit lecur.

No comments:

Post a Comment