IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN GORENG TAUCU
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal
atau ikan kembung, digaul garam dan kunyit
20 tangkai cili
padi, ditumbuk kasar-kasat
4 camca sedang
taucu
2 biji bawang
besar, dihiris
2 ulas bawang
putih, dihiris
2 batang serai,
dititik
2 biji tomato,
dibelah empat
½ cawan minyak
masak
Garanm dan gula
secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di
dalam kuali. Goreng ikan hingga kuning dan angkat. Tumis bawang besar, bawang
putih dan serai hingga wangi.
Masukkan taucu, cili
padi, tomato. gula dan garam. Kacau hingga rata. Akhir sekali masukkan ikan
goreng. Kacau lagi hingga sebati baru diangkat.
No comments:
Post a Comment