Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting
pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
ASAM PEDAS IKAN KELI
BERLADA HITAM
BAHAN BAHAN
5 ekor ikan keli(
direndam dengan air limau agar hilang hanyir)
Bahan A
15 biji lada kering
6 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
½cm halia
1 inci kunyit
20 biji lada hitam
15 helai daun kesum
kesemua bahan A
dikisar
BAHAN B
100 ml minyak
sedikit gula
400 ml air
sedikit air asam
jawa
garam secukup rasa
perisa penyedap
rasa
20 helai daun kesum
PROSES PENYEDIAAN
panaskan
minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga
mendidih,seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat kemudian
masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan
akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.
No comments:
Post a Comment