Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
GULAI IKAN SEMBILANG
BAHAN BAHAN
300 gm ikan
sembilang
½ biji kelapa
8 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang daun kesum
1 sudu teh serbuk
jintan putih
2 sudu besar rempah
kari ikan
2 sudu besar air
asam jawa
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan
ikan dan potong setebal 3.5 cm. Gaulkan dengan tepung untuk menghilangkan bau
hanyir.
Bilas
dan toskan. Tumbuk 3 labu bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Gaul dengan
rempah kari dan serbuk jintan putih. Mayang 5 labu bawang merah dan 2 ulas
bawang putih.
Panaskan
minyak dalam periuk atau belanga tanah dan tumiskan bawang. Apabila kuning
masukkan rempah bersama air. Kacau hingga garing dan berbau wangi.
Setelah
pecah minyak masukkan santan. Kacau rata-rata. Masukkan ikan, garam dan daun
kesum. Apabila mendidih masukkan air asam jawa. Kacau selama 2 minit dan
angkat.
No comments:
Post a Comment