Tuesday, January 16, 2018

GULAI TELUR IKAN

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

GULAI  TELUR IKAN 

BAHAN BAHAN
600 gm telur ikan
200 gm serbuk kari
20 gm halba campur
50 gm air asam jawa
2 tangkai daun kari
300 gm minyak masak
1 liter santan, daripada sebiji kelapa
4 tangkai cili merah, dibelah empat   
4 tangkai cili hijau, dibelah empat
4 biji tomato, dibelah empat
Garam secukupnya
250 gm bawang merah - dihiris halus
150 gm bawang besar - dihiris halus
60 gm bawang putih - dihiris halus
20 gm halia - dihiris halus

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari dan halba campur sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan hiris. Kacau hingga garing.

Perlahankan api dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan santan.


Biarkan mendidih baru masukkan telur ikan, cili hijau, cili merah dan tomato.

No comments:

Post a Comment