Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting
pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
BAWAL KUKUS KICAP
BAHAN BAHAN
600 gm bawal kecil
20 gm halia muda.
diracik halus
100 gm tomato,
diracik halus
100 gm cendawan
hitam
5 gm garam
Sedikit lada putih
1 gm minyak bijan
10 gm cili merah,
diracik halus
15 gm daun parsli
cina
60 gm minyak halia
100 gm kicap cair
20 ml stok ikan
PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan
bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan
minyak bijan.
Kukus
hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan
tomato, dan parsli segar. Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.
No comments:
Post a Comment