Monday, January 15, 2018

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MAYONG

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MAYONG

BAHAN BAHAN

1 ekor Kepala Ikan Mayong(Duri)

Bahan A
65 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
½ inci kunyit
¼ inci halia
½ inci belacan
2 sudu lada hitam     
2 ikat daun kesom
1 cawan air asam jawa
Garam
sedikit serbuk perasa
sayur bendi
minyak
4 cawan air

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak

Tumbuk lada hitam sehingga lumat, kemudian kisar bahan-bahan A bersama lada hitam yang di tumbuk sehingga lumat, kemudian tumiskan bahan-bahan A tadi sehingga garing, setelah garing masukkan kepala ikan mayong(Duri) tadi masuk sekali dengan air asam jawa dan daun kesom, tunggu sehingga mendidih sedikit baru masukkan air(jangan terlalu banyak air)

kemudian masukkan bahan-bahan perasa.. setelah kuah telah mendidih masukkan sayur bendi(masak jangan terlalu lama)..

No comments:

Post a Comment