Wednesday, January 17, 2018

IKAN KUAH LADA

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN KUAH LADA

BAHAN BAHAN
200ml minyak
500gm ikan tenggeri batong dicuci bersama air asam garam di toskan

BAHAN-BAHAN REMPAH 
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 cm halia
2 cm kunyit hidup dimesin halus
1 sudu kecil belacan
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh jintan manis
Sedikit air asam jawa secukupnya
2 sudu keresek
Garam secukup rasa

BAHAN SAYURAN 
2 biji terong bulat dipotong 4


PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumis bahan mesin sampai wangi.

Masukkan air asam jawa dan didihkan untuk beberapa minit masukkan terong untuk seketika.

Masukkan kepinggan ikan dan perlahankan api dan remeh.

Masukkan keresekdan garam teruskan meremeh.

Kalau kuah terlalu pekat masukkan sedikit air. Masak seterusnya.


No comments:

Post a Comment