Thursday, January 18, 2018

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat. Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.


RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK SINGGANG

BAHAN-BAHAN
2 ekor Ikan kembung / 1 keping tenggiri
4/5 ulas bawang putih,
2 biji Lada hidup / 6 biji cili padi
4 keping asam keping (saiz sederhana)
1 inci Lengkuas
1 cm Kunyit
Garam
( sukatan bahan adalah mengikut citarasa )

PROSES PENYEDIAAN
Ikan dibersihkan tanpa perlu dikelar.
Bawang boleh dihiris dua atau dimasukkan sebiji-sebiji. Begitu juga lada hidup, asam keping dan kunyit. Lengkuas diketuk sedikit.

Sediakan periuk yang sesuai dengan saiz ikan. Masukkan air dan campurkan semua bahan-bahan tadi. Kemudian bolehlah dimasukkan garam. Tunggu sehingga ikan masak dan tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment