Wednesday, January 17, 2018

IKAN GORENG ASAM

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN GORENG ASAM


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan siakap
8 biji cili kering
3 biji bendi
3 biji bawang merah
2 biji buah keras
1 batang serai
Sedikit kunyit & lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili kering, serai, kunyit & lengkuas hingga lumat. Kemudian tumbuk pula bawang merah & belacan.


Kemudian tumiskan rempah yg telah ditumbuk tadi & bila telah naik baunya,p erahkan sedikit air asam jawa & air. Bila kuahnya telah mendidih, masukkan ikan & bendi. Jika suka, masukkan tomato & angkat.

No comments:

Post a Comment